大多数马来人对华人没有任何成见,但由于我国一些政客经常打种族主义牌,这让人错觉马来人似乎不喜欢华人。

身为一名马来人,我敢说大多数马来人非常感谢华人在国家发展,不管是经济、文化或体育方面,所做出的服务、牺牲和贡献。

当各有所长的马来族和华族仅仅因为听信于种族主义政客的宣传而无法团结合作,以更有组织的方式推动这国家发展时,这是国家的巨大损失。

因此,我呼吁马来人和华人别对任何种族主义政客保持沉默,不要在下次选举中给他们机会和空间,反之让他们从政治世界里消除。此外,我们必须更加勇敢地发声,抗议任何一方针对某些种族的种族主义言论。

我们必须从现在开始采取行动,因为只要我们保持沉默,认可这些政客的每一次煽动言论,那么我们就间接地为他们开启绿灯,让他们变得更自大,更傲慢,进而继续轻易打种族主义牌。

言行一致,是我向马来和华人友人展示的榜样。我在TikTok非常活跃地对国内种族主义问题,提出和分享了我那一些不受欢迎的看法。

过去我们可以伪装看不见,但现在不行。我们必须直言不讳地反对这个国家的一切形式种族主义,不管其源自什么种族、宗教甚至政治意识形态。

马来人可以捍卫自己族群的权利,而无需牺牲其他族群的权利。华人也可以在不剥夺其他族群权利情况下,捍卫自己的民族命运。如果能践行这样的态度,我相信我们的国家可以培养出更多具有开放精神的公民。

我国独立快65年了,但我们仍然无法领会,更不用说活出“大马民族”的真正意义。过往的各种口号,只不过是政客的空谈,忽视了导致国民分裂的基础和导因,他们应做的是把分裂国民的腐朽根部拔除,换上新的根基。

接下来的65年,我们是否还要沿袭这样的种族主义思维传统,还是要采取行动改变它?您自己有答案。

塔齐沙克《拒绝种族主义》原文:Thaqib Shaker《Tolak Perkauman》

Majoriti orang Melayu tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kaum Cina, namun disebabkan sebahagian ahli politik tanah air kita yang kerap bermain kad perkauman maka ia kelihatan seolah-olah kaum Melayu tidak menyukai kaum Cina.
Sebagai seorang Melayu, saya berani katakan yang kebanyakan orang Melayu sangat menghargai segala jasa, pengorbanan dan sumbangan kaum Cina dalam membantu membangunkan negara ini sama ada dari sudut ekonomi, kebudayaan mahu pun sukan.

Amatlah rugi apabila kaum Melayu dan Cina yang mempunyai kelebihan tertentu tidak mampu untuk bergabung dan bekerjasama dengan lebih tersusun dalam mengemudi negara ini hanya disebabkan termakan dengan dakyah ahli politik yang rasis.

Oleh itu, saya menyeru kepada kaum Melayu dan Cina supaya tidak lagi berdiam diri dengan mana-mana ahli politik rasis dengan cara tidak memberi peluang dan ruang kepada mereka pada pilihanraya akan datang, nyahkan mereka dari dunia politik. Selain itu, kita harus lebih berani untuk bersuara memprotes segala ucapan rasis mana-mana pihak terhadap kaum-kaum tertentu. 

Kita harus bertindak dari sekarang kerana selagi mana kita sekadar mendiamkan diri dan akur dengan setiap ucapan hasutan ahli politik tersebut, maka secara tidak langsung, kita telah memberikan lampu hijau untuk mereka menjadi lebih besar kepala, angkuh bahkan terus menerus bermain kad perkauman dengan selesa.

Saya cakap dan buat, itulah contoh teladan yang saya tunjukkan pada rakan-rakan Melayu dan Cina. Saya sangat aktif mengemukakan dan mengongsikan pandangan tidak popular saya tentang masalah perkauman dalam negara ini menerusi saluran TikTok. 

Kalau dulu masih berlapik, tapi kini tidak lagi. Kita harus berterus-terang dan bersuara menolak segala bentuk perkauman dalam negara ini tanpa mengira kaum, agama bahkan ideologi politik.

Seorang Melayu boleh mempertahankan hak bangsanya tanpa mengenepikan hak-hak kaum lain. Seorang Cina boleh memperjuangkan nasib bangsanya tanpa menafikan hak kaum lain. Sekiranya sikap seperti ini dapat dipraktikkan, saya percaya negara kita boleh melahirkan ramai warganegara yang lebih terbuka.

Sudah hampir 65 tahun negara kita merdeka, namun kita masih tidak mampu untuk menghayati apatah lagi menghidupkan konsep ‘Bangsa Malaysia’ yang sebenarnya. Slogan-slogan yang wujud selama ini tidak lain hanya sekadar retorik kosong ahli politik belaka, ia dibuat tanpa melihat asas dan pokok utama perpecahan itu berlaku sedangkan mereka harus mencabut akar yang telah rosak itu dan menggantikannya dengan akar baharu.

Adakah kita akan meneruskan tradisi rasis ini untuk lagi 65 tahun mendatang atau adakah kita ingin bertindak untuk mengubahnya? Anda sendiri ada jawapannya.
  

塔齐沙克

塔齐沙克(Thaqib Shaker),吉隆坡人,9字辈,在土耳其耶莎(Yasar)大学取得国际关系硕士,曾在吉隆坡的俄罗斯科学与文化中心出任公关,如今为一名抖音主播,宣扬大马各族团结。

热门新闻

阅读全文

【新加坡大选】行动党蝉联执政 工人党政治版图扩大

阅读全文

烧烤摊违反行管令 老板顾客全被对付

阅读全文
档案照

哈萨克爆发不明肺炎 致死率远高于新冠病毒

阅读全文

CNN记者讲述北京防疫 女主播惊讶摇头